Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE-38 DI LONDON, UNITED KINGDOM

majlis5.png
LONDON, UNITED KINGDOM, Selasa, 22 Februari 2022 – Jawatankuasa Keagamaan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, United Kingdom telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-38 di London, United Kingdom di London Central Mosque, The Regent’s Park.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Dr. Ahmad Ad-Dubayan, Director General of the Islamic Cultural Centre and London Central Mosque. Kemudian bacaan Surah Yaasin dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Ustaz Hj Muhammad Fahmi bin Hj Abas, Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut.

majlis6.png


Hadir pada majlis berkenaan ialah Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Hj Mohamad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire serta dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei, Kensington Palace Garden dan penuntut-penuntut dari United Kingdom seramai lebih 80 orang.

majlis1.png
majlis2.png
majlis3.png
majlis4.png
Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
Gambar oleh: Watriah Dato Paduka Hj Zainidi