Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

WARWICK ASEAN CONFERENCE 2022

WARWICK, UNITED KINGDOM, Sabtu, 26 Februari 2021 – Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi telah mengambil bahagian didalam Warwick ASEAN Conference 2022 yang telah dianjurkan oleh komiti WAC 20/21 University of Warwick, Conventry dan juga dijemput untuk menyampaikan ucapan.

WAC 20221.png

Dalam ucapan berkenaan, Tuan Yang Terutama telah mengucapkan terima kasih kepada komiti-komiti WAC 2022 yang mana telah berjaya mengadakan persidangan pada kali ini walaupun menghadapi cabaran logistik akibat COVID-19. Ianya adalah salah satu daripada banyak contoh yang jelas mencerminkan daya tahan luar biasa belia kita dalam menyesuaikan diri dengan cabaran dan norma baharu.

Tema bagi Warwick ASEAN Conference pada tahun ini ialah ‘Mencarta Masa Depan Kita’ yang mana sangat selaras dengan matlamat ASEAN dalam memperkasakan belia ASEAN dan menyediakan mereka peluang dan cabaran masa depan, dengan matlamat untuk memastikan keseluruhan Komuniti ASEAN makmur secara mampan.

Tuan Yang Terutama menambah antara cabaran yang akan memberi kesan ketara kepada rantau ASEAN merangkumi isu-isu daripada perubahan iklim, wabak masa depan dan akses kepada vaksin, perpaduan dan pengurusan persaingan geo-politik serta menangani jurang pembangunan ekonomi kepada sejauh manakah rantau kita akan menyesuaikan diri dengan persekitaran global yang berubah dengan pantas yang disebabkan bukan sahaja oleh COVID-19 tetapi juga oleh Revolusi Perindustrian Keempat.

Tuan Yang Terutama yakin bahawa WAC 2022 akan memberikan peluang yang tepat dan membantu mengemudi semua belia yang cemerlang di sini untuk mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk masa depan yang lebih cerah, aman, bersedia dan yang paling penting mampan.

Tuan Yang Terutama juga berkesempatan beramah mesra dengan penuntut-penuntut Negara Brunei Darussalam yang hadir ke acara berkenaan.

Persidangan pada tahun ini telah diadakan di University of Warwick dan dihadiri oleh dengan Ketua Perwakilan serta wakil daripada semua negara-negara ASEAN.


WAC20222.png

WAC20223.png

WAC20224.png


Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain
Gambar oleh: Suruhanjaya Tinggi dan Unit Penuntut-Penuntut