Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

SURUHANJAYA TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI LONDON, UK MENGADAKAN SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN TAKBIR

LONDON, UNITED KINGDOM, Jumaat, 31 Julai 2020 – Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, United Kingdom sambutan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha di Surau Brunei Hall, Norfolk Square.

Hadir selaku tetamu kehormat pada sambutan berkenaan ialah Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire serta dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan serta keluarga daripada Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei, Kensington Palace Garden dan penuntut-penuntut dari London.

Sembahyang Sunat Aidiladha telah diimamkan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Fahmi bin Abas, Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut, yang seterusnya membacakan khutbah mengenai kesedaran terhadap kebersihan, institute kekeluargaan menjadi semakin kukuh dan rapat, menyemai sifat mahmudah, memupuk sifat taat dan patuh kepada peraturan.

Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha telah dilaksanakan mengikut garispandu yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan United Kingdom dengan tujuan bagi mengawal penyebaran COVID-19.

Disediakan oleh:
Mohamad Hilman Hj Husain

Sila klik sini untuk galeri.