Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headlines

Title

Lawatan ke ETDA

Body


Pada Hari Isnin, 25 Julai 2022, Kedutaan Besar NBD di Dili, Timor-Leste telah dijemput untuk membuat kunjungan lawatan ke East Timor Development Agency (ETDA) di Dili. Rombongan Pejabat Kedutaan Besar yang hadir untuk membuat lawatan tersebut iaitu Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste (tengah); Awang Mohd. Wafi bin Haji Nairul Anawar, Setiausaha Kedua (dua dari kanan) dan Pg Haji Muhammad Aiman bin Pg Haji Mohamed, Setiausaha Ketiga (tiga dari kiri) di Pejabat Kedutaan Besar NBD. Menerima kunjungan rombongan Kedutaan Besar iaitu Awang Januario Mok, Pengarah ETDA. Lawatan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan agensi tersebut akan pembangunan dan latihan-latihan bagi meningkatkan kemahiran serta persediaan pekerja-pekerja Timor Leste berpotensi yang akan bekerja di luar negara. Antara perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran di agensi tersebut iaitu, baristas, keraftangan, hospitality, computer literacy, karya pelukis, pertanian, tukang masak, waitress dan beberapa bidang teknikal.



Date

2022-07-24T16:00:00Z
Attachments
Created at 28/07/2022 11:09 by Muhammad Wafi bin Zaini
Last modified at 28/07/2022 11:09 by Muhammad Wafi bin Zaini