Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headlines

Title

Majlis Sambutan Hari Keputeraan KDYMM ke 76 tahun

Body


Majlis Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 76 tahun telahpun diadakan pada 14 Julai 2022 bertempat di ruang tamu Pejabat Kedutaan Besar NBD di Dili. Majlis dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Timor-Leste. Antara yang hadir pada majlis tersebut Duta Besar-Duta Besar dan Kuasausaha Sementara negara-negara ASEAN yang berada di Timor-Leste iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Turut sama diundang iaitu Tuan Yang Terutama Domingos Savio, Director General Bilateral Affairs di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Timor-Leste. 


(dari kiri) Yang Mulia Mr. German N. Monteras, Wakil daripada Kedutaan Besar Filipina; Yang Mulia Mrs. Nur Hidayah, Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia; Tuan Yang Terutama Domingus Savio, Director General Bilateral Affairs di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Timor-Leste; Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Timor-Leste selaku hos pada majlis ini; Tuan Yang Terutama Okto Dorinus Manik, Duta Besar Republik Indonesia; Yang Mulia Mr. Sakollawat Thongcharoen, Wakil daripada Kedutaan Besar Thailand; dan Yang Mulia Awang Mohd. Wafi bin Haji Nairul Anawar, Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar NBD di Dili.

Date

2022-07-14T16:00:00Z
Attachments
Created at 28/07/2022 10:52 by Muhammad Wafi bin Zaini
Last modified at 28/07/2022 10:52 by Muhammad Wafi bin Zaini