Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headlines

Title

Majlis Doa Kesyukuran Hari Keputeraan KDYMM ke 76 tahun

Body


Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 76 tahun telahpun diadakan di Surau Pejabat Kedutaan Besar NBD di Dili. Hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Timor-Leste. Turut diundang iaitu, Yang Mulia Awang Arif Sagran, Pengerusi Komuniti Islam Timor-Leste; Yang Mulia Awang Eric Saputra, Pengurus Kanan Timor Plaza Company; Yang Mulia Awang Haslil Hadi, Pemangku Setiausaha Ketiga di Kedutaan Besar Malaysia di Dili; serta Pegawai-Pegawai HBS di Pejabat Kedutaan Besar NBD di Dili. Majlis bermula dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan seterusnya membaca doa kesyukuran.

Date

2022-07-14T16:00:00Z
Attachments
Created at 28/07/2022 10:42 by Muhammad Wafi bin Zaini
Last modified at 28/07/2022 10:42 by Muhammad Wafi bin Zaini