Pada
1 Februari 2023, Pg Haji Muhammad Aiman bin Pg Haji Mohamed, Kuasausaha
Sementara telahpun hadir ke Majlis “Annual Diplomatic Reception” yang dihoskan
oleh Tuan Yang Terutama Dr. Jose Ramos-Horta, Presiden Timor Leste bertempat di
Palacio Nobre, Lahane. Turut hadir majlis tersebut iaitu (dari kiri ke kanan)
Pg Haji Muhammad Aiman bin Pg Haji Mohamed, Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar
NBD; Tuan Yang Terutama Robin Hu, Duta Besar Republik Singapura Yang Tidak
Menetap ke Timor Leste (menetap di Singapura); Tuan Yang Terutama Okto Manik
Darius, Duta Besar Republik Indonesia; Tuan Yang Terutama Dr. Jose Ramos-Horta,
Presiden Timor Leste; Tuan Yang Terutama Ekapol Poolpipat, Duta Besar Thailand;
Puan Nadia Azura Mohd. Nudri, Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia;
Puan Nediva Singam, Country Officer for New Zealand and Pacific of MFA
Singapore; dan Tuan Dean Jason N. Arriola, Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar
Republik Filipina.