Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headlines

Title

Majlis Penyampaian Surat Tauliah Pelantikan Duta Besar NBD

Body


Majlis Penyerahan Surat Tauliah Pelantikan bagi Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif selaku Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Timor-Leste telah berlangsung pada 15 Julai 2022 jam 9:00 pagi bertempat di Presidential Palace, Dili. Surat Tauliah Pelantikan disampaikan kepada Tuan Yang Terutama Dr. José Ramos-Horta, Presiden Republik Demokratik Timor-Leste. Turut hadir Puan Yang Terutama Adaljiza Magno, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Timor-Leste dan Pegawai-Pegawai di Kedutaan Besar NBD di Dili.




Sesi bergambar ramai Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Timor-Leste bersama Tuan Yang Terutama Dr. José Ramos-Horta, Presiden Republik Demokratik Timor-Leste dan Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai-Pegawai di Kedutaan Besar NBD, Dili.



Upacara barisan kawalan kehormatan selepas Majlis Penyampaian Surat Tauliah Pelantikan.



Date

2022-07-14T16:00:00Z
Attachments
Created at 23/07/2022 09:59 by Muhammad Wafi bin Zaini
Last modified at 23/07/2022 09:59 by Muhammad Wafi bin Zaini