Pada 25 Oktober 2022, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste telahpun membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Kay Rala Xanana Gusmao, Mantan Perdana Menteri Timor Leste bertempat di Ibu Pejabat Party CNRT. Turut membuat kunjungan Pegawai-Pegawai dari Kedutaan Besar NBD di Dili, Mohd Wafi bin Haji Nairul Anawar, Setiausaha Kedua dan Pengiran Haji Muhammad Aiman bin Pengiran Haji Mohamed, Setiausaha Ketiga.