Pada 23 Oktober 2022, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste telahpun menerima jemputan untuk perjumpaan hormat daripada Tuan Yang Terutama Ta Van Thong, Duta Besar Republik Sosialis Vietnam yang tidak menetap ke Timor Leste. Tuan Yang Terutama Duta Besar Vietnam berada di Timor Leste bagi menyerahkan Surat Tauliah Perlantikan beliau sebagai Duta Besar Vietnam yang tidak menetap.