Pada
15 Ogos 2022, Kedutaan Besar Negara-Negara Asean yang berada di Timor-Leste
telahpun mengadakan Upacara Ulang Tahun Penubuhan ASEAN yang berlangsung di
Pejabat Kedutaan Besar Thailand, Farol, Timor-Leste. Upacara kali ini dihadiri
oleh Tuan Yang Terutama Dr. Jose Ramos Horta, Presiden Republik Demokratik
Timor-Leste (4 dari kanan) sebagai tetamu kehormat dan Puan Yang Terutama
Adaljiza Magno, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Timor-Leste (2 dari
kanan).
Dari kiri: Puan Nadia Azura, Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia; Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste; Tuan Yang Terutama Ekapol Poolpipat, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Okto Darinus Manik, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Timor-Leste; dan Tuan Dean Jason N. Arriola, Kuasausaha Sementara Kedutaan Besar Republik Filipina.