Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headlines

Title

Lawatan ke Ladang Pertanian CCT NCBA, Ermera

Body


Pada 6 Ogos 2022, Kedutaan Besar NBD di Dili menerima jemputan daripada Tuan Bency Isaac, Penasihat Agroprocessing, Cooperative Café Timor NCBA untuk membuat lawatan ke ladang pertanian yang dipunyai oleh Coorperative Café Timor NCBA di Kampong Railaco, Daerah Ermera. Rombongan Kedutaan Besar terdiri daripada Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor Leste, Mohd. Wafi bin Haji Nairul Anawar, Setiausaha Kedua dan Pg Hj Muhammad Aiman bin Pg Hj Mohamed, Setiausaha Ketiga serta keluarga masing-masing. Lawatan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan industri pertanian di Timor Leste dan memberi peluang serta pengelaman untuk menyaksikan lebih dekat akan process pertanian seperti kopi, vanilla, coklat, cengkih, dan lada-hitam.








Date

2022-08-05T16:00:00Z
Attachments
Created at 16/08/2022 08:19 by Muhammad Wafi bin Zaini
Last modified at 16/08/2022 08:19 by Muhammad Wafi bin Zaini