Pada 29 Julai 2022, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste telah membuat lawatan ke Stamford Medical, Mandarin, Dili. Lawatan tersebut dialu-alukan oleh Awang Derek Chua, Pengarah Stamford Medical Timor-Leste. Turut mengiringi Duta Besar, ialah Pegawai-Pegawai di Pejabat Kedutaan Besar NBD di Dili.