Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headlines

Title

Kunjungan muhibbah ke Pelican Paradise Holdings

Body


Pada 26 Julai 2022, Pejabat Kedutaan Besar NBD di Dili telahpun membuat perjumpaan muhibbah atas jemputan Pelican Paradise Holdings dan Air Timor Services Company. Kunjungan muhibbah tersebut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste (tiga dari kiri) dan Pegawai-Pegawai di Pejabat Kedutaan Besar berkenaan. Turut menjemput kehadiran iaitu Awang Jeremiah Chan, Ketua Pengarah Eksekutif Pelican Paradise di Timor-Leste (tiga dari kanan); Awang Syed Abdul Rahman bin Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Air Timor Services (dua dari kiri); dan Awang Panky, Pegawai Eksekutif Pemasaran (kanan hujung).


Date

2022-07-25T16:00:00Z
Attachments
Created at 28/07/2022 11:18 by Muhammad Wafi bin Zaini
Last modified at 28/07/2022 11:18 by Muhammad Wafi bin Zaini