Majlis Korban bagi tahun 1443 Hijrah di Dili, Timor-Leste telahpun diadakan pada Hari Sabtu, 11 Julai 2022. Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Dili, Timor-Leste telahpun ikut serta bagi Ibadah Korban di Masjid Munawwaroh, Dili dengan sebanyak 5 ekor kambing. Turut menghadiri bagi majlis penyembelihan binatang korban, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste, Pegawai-Pegawai di Kedutaan Besar NBD di Dili serta ahli-ahli keluarga masing-masing.

