Pada 18 Ogos 2022, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste telahpun membuat kunjungan hormat kepada Puan Yang Terutama Adaljiza Magno, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Timor Leste di Pejabat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Timor Leste, Pantai Kelapa. Menyertai kunjungan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Nuno Alvares, National Director for South East Asia and Oceania countries di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Timor Leste dan Mohd Wafi bin Haji Nairul Anawar, Setiausaha Kedua di Pejabat Kedutaan Besar.