Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan NBD ke-41 telah diadakan di Pejabat Kedutaan Besar NBD yang dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Alfonso Lopez, Prosecutor-General Timor-Leste sebagai tetamu kehormat, dan ahli-ahli komuniti Islam di Timor-Leste. Acara dimulakan dengan Solat Fardu 'Asar berjemaah yang diimamkan oleh Ustad Khulaeli Abi Chumaedi, salah seorang ustad dari Masjid An Nur, Dili dan seterusnya bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan NBD ke-41.
