Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

26 February 2019

MAJLIS RESEPSI BERSEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-35

Pada 26 Februari 2019, Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Resepsi bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35, bertempat di Grand Hyatt Kuala Lumpur, Malaysia. Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Tuan Haji Mohammad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia dan isteri, Puan Hajjah Normah binti Haji Awli. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa Kerabat Diraja Selangor dan Menteri-Menteri serta orang kenamaan termasuk YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi; YB Datuk Dr. Hatta Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan; YB Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan; Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat. 


Sila Tekan sini untuk galeri gambar.