Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

31 May 2018

MAJLIS PELANCARAN “JUNJUNG POP-UP STORE”

Pada 31 Mei 2018, Junjung, Majestic Delicacies (yang menawarkan pilihan mewah kek lapis serta biskut Melayu buatan tangan Brunei), sebuah syarikat daripada Negara Brunei Darussalam (NBD) telah melancarkan Pop-Up Store di Suria KLCC. Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan pelancarannya ialah Pesuruhjaya Tinggi NBD ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Taha. Turut hadir ialah Datin Hajah Mariani binti Haji Bongsu, isteri Pesuruhjaya Tinggi dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Tinggi serta beberapa tetamu jemputan khas.

Pengasas Junjung, Pengiran Siti Hazalina binti Pengiran Indera Perkasa Pengiran Haji Hamdan berkata, ''Ini adalah langkah pertama memperkenalkan Junjung ke pasaran Malaysia. Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang, Junjung akan menjual produk-produk istimewa mereka sepanjang bulan Ramadan sehingga minggu pertama Hari Raya.'' Junjung akan berada di Suria KLCC bermula 21 Mei 2018 sehingga 17 Jun 2018.