Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

30 May 2018

MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-57 TAHUN

Pada 30 Mei 2018, Pejabat Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB ke-57 tahun dengan Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran HUT ABDB. Mahlis Berbuka Puasa, Sembahyang Berjemaah Fardu Marghrib dan Isyak, dan Sunat Terawih juga turut dilaksanakan.

Majlis pada malam tersebut juga diteruskan dengan Majlis kenaikan Pangkat bagi seorang anggota ABDB yang berkursus di Malaysia.

Acara kemuncak pada malam tersebut adalah memotong kek HUT ABDB ke 57 tahun.

Seramai 90 orang telah menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada anggota-anggota ABDB yang berkursus di Malaysia, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Ambilan Tempatan serta penuntut Tahfiz Negara Brunei Darussalam di Malaysia. Tetamu Kehormat Majlis adalah Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin POKDG SLDU Awang Haji Mohd Taha dan Datin Hjh Mariani bte Hj Bongsu.