31MAC 2018 (SABTU)
PERLAWANAN FUTSAL 5 SEBELAH ANJURAN PERSATUAN PELAJAR BRUNEI ASIA PACIFIC UNIVERSITY (APU), BUKIT JALIL MALAYSIA.
BERTEMPAT: SPORTS ARENA SERDANG SELANGOR
Pada 31 Mac 2018, Persatuan pelajar-pelajar Brunei dari Asia Pacific Universiti Bukit Jalil Kuala Lumpur telah menganjurkan pertandingan futsal 5 sebelah antara pelajar-pelajar Brunei yang sedang melanjutkan pengajian di Malaysia. Seramai 100 orang pelajar telah mengikuti pertandingan ini yang terdiri dari 6 pasukan, mengikut universiti masing-masing antaranya adalah UIAM,IUKL,HELP,APU,INTI dan KDU. Help University telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan tersebut diikuti KDU di tempat kedua dan UIAM di tempat ketiga. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Wan Hadfi Lutfan bin Hj Abdul Latif selaku Timbalan Perwakilan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darusalam di Kuala Lumpur bersama Ataci Pelajaran Tuan Sophan bin Afandi. Piala pusingan bagi perlawanan tersebut telah ditaja oleh Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin POKDG SLDSU Awang Hj Mohd Taha, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia dan Paradigm Scholar Agency.
Sila tekan sini untuk galeri gambar