Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

21 December 2017

PAMERAN FOTOGRAFI WAJAH & LANDSKAP 2 NEGARA BRUNEI - MALAYSIA

Satu pameran fotografi bertemakan "Wajah dan Landskap 2 Negara Brunei-Malaysia" telah dianjurkan bersama oleh Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) dan Street2Street Malaysia dengan kerjasama Kominuti Colony Foto Malaysia, StreetFotoMalaysia dan Mal-Bru Community, dan dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Mohd. Taha, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur, Malaysia pada 21 Disember 2017.

Pameran ini adalah kali pertama antara Malaysia dan Brunei dan ianya diharapkan berterusan, dijadikan pertukaran seni (Art-Exchange) dan acara tahunan antara kedua buah Negara.  Objektif utama ialah untuk rakyat dan penduduk kedua buah Negara bersatu hati bertunjakan cintakan Negara, menyemai rasa dan semangat  dan menekankan kepada creativiti, kejayaan dan pencapaian yang boleh menjadi inspirasi dalam kalangan warga Negara.

Tuan Yang Terutama menekankan initiatif seperti ini akan dapat mengukuhkan lagi jalinan persahabatan bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dan Malaysia dan dapat mempromosikan lagi keindahan dan keunikan yang terdapat di kedua buah Negara. 

Pameran diadakan di Galeri Seni Matic Kuala Lumpur pada 15-30 Disember 2017 dan memaparkan sebanyak 8 keping karya foto kolektif daripada seramai 55 fotografer dari Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

a1.jpg a2.jpg

a3.jpga4.jpg
a5.jpga6.jpg