Acara Sambutan Jubli Emas ke 50 KDYMM Sultan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki takhta telah diadakan oleh Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada hari Jumaat bersamaan 6 Oktober 2017. Acara bermula pada jam 3.30 petang yang turut diserikan dengan kehadiran Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj beserta kerabat Di Raja Selangor, Duta-Duta Kehormat Negara Asean , Dif-Dif Kehormat , Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam Ke Malaysia Dato' Paduka Alaihuddin, Pegawai-Pegawai dan Staf Ambilan Tempatan.
Terdahulu sebelum itu, para pegawai suruhanjaya tinggi serta keluarga dan penuntut-penuntut Brunei di Malaysia telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan membaca Surah Al-Waqi'ah dan Surah Al-Mulk serta solat Sunat Hajat berjemaah sempena Sambutan Jubli Emas KDYMM Menaiki Takhta pada 4 Oktober lalu di Rumah Seri Brunei Kuala Lumpur.
 Hadirin Majlis Doa Kesyukuran di Rumah Seri Brunei Kuala Lumpur
|
 Majlis Doa Kesyukuran dan membaca Surah Al-Waqi’ah dan Surah Al-Mulk
|
 Sembahyang Maghrib Berjemaah
|