
Kaherah, Selasa, 14 Julai 2026. – Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Zuhur Berjemaah, Solat Hajat, Membaca Surah Yasin Dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-80 telah diadakan di Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zuhur berjemaah yang diimamkan oleh Awang Md Adibul Amin bin Hj Awang, Presiden Badan Kebajikan Pelajar Brunei Darussalam Mesir (BKPBDM), diikuti dengan Solat Sunat Hajat yang diimamkan oleh Ahmad Nasyaruddin bin Hj Abdul Rahim, pelajar Tahun 4 Universiti Al-Azhar.
 |
|
Sementara itu, bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Ustaz Hj Mohd Sujairi bin Hj Dolah, Ataci (Pelajaran dan Kebudayaan). Manakala, bacaan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Tuan Yang Terutama Pg Md Salimin bin Pg Md Daud, Duta Besar NBD di Kaherah, Republik Arab Mesir.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan yang dibacakan oleh Md Izz bin Masdi Wijaya, pelajar Tahun 4 Universiti Al-Azhar dan seterusnya jamuan.
Majlis telah dihadiri oleh seratus orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kedutaan serta keluarga, kakitangan
Locally Engaged Staff (LES) dan pelajar-pelajar serta warga NBD yang berada di Mesir.