Pada 22 Februari 2026, pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Republik Arab Mesir, telah mengadakan Majlis Membaca Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-42. Majlis berlangsung di Surau Bangunan Darussalam, Nasr City.
Majis telah dihadiri oleh TYT Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Arab Mesir, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan pejabat Kedutaan, pelajar-pelajar serta warga Negara Brunei Darussalam yang berada di Mesir.

| 
|
Majlis telah dimulakan dengan sembahyang fardhu Zuhur berjemaah yang diikuti dengan solat sunat hajat, yang mana telah diimamkan oleh YM Mohamad Zahin bin Norsidi, Ketua Unit Agama dan Akhlak, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Mesir.
Ini seterusnya diikuti dengan bacaan surah Yassin, yang diketuai oleh YM Hj Sujairi bin Hj Dollah, Ataci Pelajaran dan Kebudayaan. Sementara itu, Doa Kesyukuran pula telah dibacakan oleh TYT Pg Md Salimin Pg Md Daud, Duta Besar Negara Brunei Darussalam.
Majlis telah diteruskan dengan forum sempena Hari Kebangsaan yang bertemakan peranan Azhari dalam memertabatkan Melayu Islam Beraja.
Setelah itu, Majlis diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pencipta poster sempena Hari Kebangssan, yang mana pertandingan ini telah diungkayahkan oleh Unit Media dan Publisiti, Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Mesir.

Majlis telah diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan pengagihan juadah berbuka puasa kepada semua yang hadir.
Pada 24 Februari 2026, pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam telah menerima kunjungan hormat daripada Mr Mohamed Reda, wakil daripada pejabat Chamberlain Presidency.
Kehadiran Mr Mohamed Reda telah disambut oleh TYT Duta Besar Negara Brunei Darusalam. Semasa kunjungan tersebut, Mr Mohamed Reda menyampaikan ucapan tahniah sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan mendoakan semoga Negara Brunei Darussalam akan terus aman dan Makmur.

|

|
