Pada 24 April 2026, pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Mesir, bersama-sama dengan pejabat-pejabat perwakilan asing yang berada di Mesir telah menyertai acara Diplomatic Run.
Acara tersebut dianjurkan oleh The Egyptian Diplomatic Club di New Administrative Capital.
Acara berkenaan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dikalangan para diplomat sementara hasil daripada pendaftaran acara tersebut disumbangkan kepada usaha-usaha pemulihan dan pembangunan Gaza.