Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

21 Disember 2022 - PERUTUSAN TAKZIAH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA BERIKUTAN KEJADIAN TANAH RUNTUH DI BATANG KALI, SELANGOR
Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam
Kepada:  Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya, Malaysia

Yang Amat Berhormat Dato' Seri,

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

Beta turut berdukacita mengenai insiden tanah runtuh di Batang Kali Selangor, yang telah mengorbankan jiwa serta kerosakan harta benda.

Beta dan Kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati yang amat mendalam kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri serta Kerajaan dan rakyat Malaysia, terutama sekali kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Beta berdoa Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Malaysia sentiasa berada di bawah pelindungan-Nya dan semoga mereka yang terjejas akibat musibah tersebut dikurniakan ketabahan dalam menempuhi ujian ini.

WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH



SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Attachments
Back to Top