Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

26 November 2022 - PERUTUSAN TAKZIAH KEPADA PRESIDEN INDONESIA DIATAS KEJADIAN GEMPA BUMI DI CIANJUR, JAWA BARAT
Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam

kepada:  Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia

Tuan Yang Terutama,

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN 

Beta berdukacita mendengar mengenai kejadian gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat yang telah mengorbankan jiwa dan mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta berda.

Beta serta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati yang mendalam kepada Tuan Yang Terutama serta Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, terutama sekali kepada ahli-ahli keluarga yang terlibat.

Beta seterusnya berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Republik Indonesia dan rakyatnya sentiasa di bawah perlindungan-Nya dan semoga mereka yang terjejas akibat musibah tersebut akan terus tabah dalam menempuhi ujian ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH



SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG Dl-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Attachments
Back to Top