Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

26 November 2022 - PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM DIATAS PELANTIKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10
Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam

Kepada:  Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, Putrajaya, Malaysia

Yang Amat Berhormat Dato' Seri,

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

Beta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Dato' Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Beta percaya di bawah kepimpinan dan kewibawaan Yang Amat Berhormat Dato' Seri menerajui pentadbiran negara, Malaysia akan terus menikmati kemajuan demi kesejahteraan rakyat.

Beta mengalu-alukan peluang untuk terus bekerjasama rapat dengan Yang Amat Berhormat Dato' Seri bagi memperkukuhkan lagi hubungan akrab yang telah sekian lama terjalin, serta memperluaskan lagi kerjasama di pelbagai bidang, berkepentingan bersama demi manfaat kedua-dua buah negara dan rakyat.

Beta berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Yang Amat Berhormat Dato' Seri dan Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail serta keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan dalam perlindungan-Nya jua dan seluruh rakyat Malaysia menikmati perpaduan, kestabiian dan kemakmuran yang berpanjangan.

WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH



SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Attachments
Back to Top