Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Kepada: Tuan Yang Terutama, Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia
Tuan Yang Terutama
Dato Laila Utama Joko Widodo
Presiden,
REPUBLIK INDONESIA.
Tuan Yang Terutama,
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH
INNA LILLAHI WA INNA ILLAIHI RAJI'UUN
Beta berasa sedih mendengar berita mengenai gempa bumi yang meianda Sulawesi Barat.
Beta berserta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam ingin menyampaikan takziah dan rasa simpati kepada Tuan Yang Terutama serta Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, khususnya kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan terjejas oleh tragedi ini.
Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar roh-roh mangsa akan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan soleh.
WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM