Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Kepada: Tuan Yang Terutama, Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia
Tuan Yang Terutama,
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UUN
Beta turut berdukacita mendengar berita mengenai nahas kapal terbang Sriwijaya Air SJI 82 yang terhempas di Laut Jawa.
Beta berserta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam ingin menyampaikan takziah dan rasa simpati kepada Tuan Yang Terutama serta Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, terutama sekali kepada ahli-ahli keluarga mangsa musibah ini.
Beta berharap agar keluarga mangsa akan terus tabah dan bersabar dalam menghadapi musibah ini dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga melimpahkan rahmat-Nya ke atas roh-roh mangsa.
WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM