Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
31 Ogos 2020 - PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSEMPENA DENGAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 63

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Kepada:  Yang Amat Berhormat, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri, Putrajaya, Malaysia

Yang Amat Berhormat Tan Sri,
 
Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Beta serta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato', Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63.

Beta amat menghargai hubungan silaturrahim dan persahabatan mesra lagi akrab yang sudah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Beta yakin kita akan terus mempertingkatkan usaha ke arah memelihara dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pada mengakhiri, Beta dan Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' dan Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Noorainee binti Haji Abdul Rahman serta keluarga sentiasa dikurniakan keafiatan dan berada di bawah perlindungan dan rahmatNya, dan Kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia akan terus menikmati keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Sekian.

Wassalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

 
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM




Attachments
Back to Top