Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
17 Ogos 2020 - TITAH PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA TUAN YANG TERUTAMA DATO LAILA UTAMA JOKO WIDODO, PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA, BERSEMPENA DENGAN ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA YANG KE-75

Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam

Kepada:  Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia


Tuan Yang Terutama,



ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAATUH

Beta dan Kerajaan serta seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam dengan sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama dan Kerajaan serta rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-75 tahun.

Beta amat gembira dan berpuas hati dengan tali persahabatan yang akrab dan hubungan kerjasama yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia yang telah sekian lama terjalin di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa. Beta percaya, sebagai negara jiran yang terdekat, hubungan mesra ini akan terus diperkukuhkan dan dikembangmajukan lagi, demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat kita.

Di kesempatan ini, Beta ingin mendoakan agar seluruh rakyat Republik Indonesia akan terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dan mengatasi segala cabaran dari penularan wabak COVID-19. Beta yakin di bawah kepimpinan berwibawa Tuan Yang Terutama, Republik Indonesia akan berjaya menangani penularan pandemik ini dengan sebaiknya.

Beta serta Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha seterusnya berdoa Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Tuan Yang Terutama, Datin lbu Hajah Iriana dan keluarga serta seluruh rakyat Republik Indonesie sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan, dan Republik Indonesia terus menikmati keamanan dan kemakmuran yang berkekalan.

WASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH


 
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG Dl-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM




Attachments
Back to Top