Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
PROSEDUR TETAP BAGI PELAJAR-PELAJAR YANG BERADA DI NEGARA-NEGARA YANG TERJEJAS DENGAN COVID-19 DAN AKAN PULANG KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Berikutan perkembangan terkini mengenai COVID-19, pelajar-pelajar yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang sedang berada di negara-negara yang terjejas adalah dibenarkan untuk pulang ke Negara Brunei Darussalam.

Pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam di luar negara adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-

  • Menghubungi pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam yang berdekatan jika memerlukan bantuan konsular melalui laman web http://www.mfa.gov.bn/Pages/missions-abroad02.aspx.

    Pelajar-Pelajar Negara Brunei Darussalam di luar negara adalah juga dikehendaki:-
     
  • Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, mengikuti perkembangan semasa mengenai COVID-19 serta mematuhi semua peraturan yang diumumkan dan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan di negara berkenaan.

  • Mengelakkan daripada tempat-tempat yang sesak dan mengunjungi kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar, pusat membeli-belah, pusat hiburan dan pawagam.
  • Mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya berasa tidak sihat.

Bersama ini dilampirkan prosedur tetap bagi pelajar-pelajar yang berada di negara-negara yang terjejas dengan COVID-19 dan akan pulang ke Negara Brunei Darussalam yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam untuk rujukan mengenainya.

Attachments
Back to Top