Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
19 Ogos 2019 - KEBERANGKATAN YDP AGONG MALAYSIA KE ISTANA NURUL IMAN, NBD

PR2.jpg

Istana Nurul Iman , Isnin , 19 Ogos 2019   

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, hari ini berkenan menerima keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman.  
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri pada mulanya berkenan berangkat mengalu-alukan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Istana Nurul Iman, dan seterusnya bersama-sama dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong naik ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja disertai dengan Lagu Kebangsaan kedua-dua buah Negara dan dua puluh satu (21) das tembakan meriam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia seterusnya beredar memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei. 

Kemudiannya Ahli-ahli Kerabat Diraja; Menteri-menteri Kabinet;Timbalan-timbalan Menteri; dan Pegawai-pegawai Kanan; berserta isteri masingmasing telah disembahkenalkan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. 
 
Seterusnya, ahli-ahli Kerabat Diraja dan ahli-ahli rombongan Malaysia pula disembahkenalkan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri. 
 
Sejurus selepas itu, Majlis Mengadap diadakan di Cheradi Laila Kenchana. Berangkat sama ke Majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. 
 
Juga berangkat selaku Kerabat Pengiring Diraja ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. 

Turut berangkat mengiringi Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin  Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Hajah Dato’ Aishah binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah; dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato Hajah Nong Fatimah binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. 

Turut hadir di Majlis Mengadap tersebut Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Hj Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Menteri Pengiring.    

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B.) kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16); dan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.  

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudiannya berkenan menerima anugerah diraja Malaysia iaitu Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16).   

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16) dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka Keberangkatan Negara selama tiga (3) hari. Ini adalah Keberangkatan Negara pertama Baginda sejak ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16) pada 30 Julai 2019.  

Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16) dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Negara ini jelas mencerminkan peningkatan dan pengekalan hubungan muhibah dan silaturahim di antara keluarga diraja dan rakyat kedua-dua buah negara. 

JABATAN PERDANA MENTERI
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan, BB3913 
Negara Brunei Darussalam 
 
18 Zulhijjah 1440 
19 Ogos 2019 




Attachments
Back to Top