Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
19 Ogos 2019 - MAJLIS PERSANTAPAN DIRAJA BAGI MERAIKAN LAWATAN NEGARA YDP AGONG MALAYSIA KE NBD

PR3.jpg

Istana Nurul Iman , Isnin , 19 Ogos 2019 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, malam ini berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja bagi meraikan Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ke Negara Brunei Darussalam. Majlis Persantapan Diraja ini berlangsung di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman.  

Berangkat sama ke Majlis Persantapan Diraja tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador - at - Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. 

Juga berangkat ialah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah; Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Hajah Dato’ Aishah; dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah. 

Juga hadir ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Menteri Pengiring, dan Datin; dan Yang Berhormat Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Menteri Luar Negeri Malaysia dan Datin. 

Terdahulu sebelum itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan bertukar-tukar cenderamata dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16) dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang berlangsung di Royal Lounge.
 
Majlis Persantapan Diraja dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara, dan seterusnya bacaan Doa Selamat oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.  

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan mengurniakan titah. Ini diikuti dengan titah balas daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16). 

Selepas Majlis Persantapan Diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Pintu Utama Istana Nurul Iman bagi mengucapkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16) dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka Keberangkatan Negara selama tiga (3) hari. 

JABATAN PERDANA MENTERI
Jalan Perdana Menteri
Bandar Seri Begawan, BB3913 
Negara Brunei Darussalam 

19 Zulhijjah 1440
19 Ogos 2019


Attachments
Back to Top