Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
23 Mac 2019 - PERUTUSAN TAKZIAH KEPADA PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA BERIKUTAN KEJADIAN BANJIR KILAT DI JAYAPURA DAN TANAH SUSUR AKIBAT GEMPA BUMI DI LOMBOK YANG MENGAKIBATKAN KEHILANGAN NYAWA, KECEDERAAN DAN KEROSAKAN HARTA BENDA

Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Kepada: Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia


Tuan Yang Terutama,


ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UUN


Beta amat sedih mendengar berita mengenai kejadian banjir kilat yang berlaku di Jayapura, Papua dan tanah susur akibat gempa bumi yang melanda Lombok, Nusa Tenggara Barat yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda, baru-baru ini.

Beta berserta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam ingin menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama serta Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, terutarna sekali kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Beta seterusnya berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Republik Indonesia sentiasa dilindungi dan berharap semoga keluarga-keluarga yang terlibat berikutan dengan kejadian bencana alam tersebut akan terus tabah dan bersabar dalam menempuhi musibah ini.


WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH


SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Attachments
Back to Top