Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
29 Disember 2018 - PERUTUSAN TAKZIAH KEPADA PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA DIATAS KEJADIAN TSUNAMI YANG MELANDA SELAT SUNDA

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam

Kepada:  Tuan Yang Terutama, Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia


Tuan Yang Terutama,


ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UUN


Beta berasa sedih mendengar berita mengenai dengan kejadian tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22hb. , Disember, 2018.

Beta berserta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam ingin menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama, Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, khususnya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Beta seterusnya berharap agar mereka yang terlibat akan terus tabah dan bersabar menghadapi musibah ini dan berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan mencucuri rahmatnya ke atas roh-roh mangsa.


WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH



SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Attachments
Back to Top